Tuesday, December 04, 2012

PMR 2012 pelik?


Kemarin, ada sorang kawan aku, Ana ada kongsi dgn aku pasal paper utusan semalam yg membuat statement bahawa PMR 2012 agak pelik? Dari apa yg aku baca secara online, bagi aku sebagai seorang mangsa PMR 2012 ni jugak sependapat bahawa soalan yg diberi sangat membunuh minda dan jawapan yg diberi terlalu mengelirukan berbanding PMR tahun-tahun yg lalu. Kenapa aku ckp soalannya membunuh? Sbb terlalu rumit utk difahami dan tak diberi secara direct mcm soalan tahun-tahun sebelum. Adakah ini nasib pelajar yg lahir pd tahun 1997? Kesian la dkt kitorang ni. Time UPSR pun soalan agak mencabar. Bayangkan math paper1 kebanyakkan soalan bergambar. Sampai cikgu yg ajar aku pun ckp soalan tahun 2009 lain dan susah. Nasib baik aku A jgk.

Berbalik kpd PMR 2012 ni, soalan Bahasa Melayu pun mengelirukan mangsa PMR. Sadis betul la. Apa la salah kitorang ni ha. Aku peratikan, soalan yg aku jawab bg pmr tahun sebelum-sebelum ni, tada la susah sgt. Dah la trial pun susah dah, ditambah pulak dgn keparahan PMR tu sendiri. Entah la gred turun ke tak, tp harapnya turunla sbb soalan utk tahun ni agak mencabar minda pelajar. 

Ni aku copy dari utusan:

Secara keseluruhan soalan PMR 2012 agak 'PELIK':
  • Bahasa Malaysia antaranya memang terlalu mencabar, seolah tidak setaraf dengan pemikiran pelajar yang berusia 15 tahun.
  • Sejarah 80 peratus kemahiran berfikir atau lebih kepada pengetahuan am.
  • Bahasa Inggeris 40 peratus tidak mengikut format seperti soalan-soalan tahun lepas.
  • Geografi kebanyakan soalan berkait dengan sejarah, mungkin agak payah bagi sesetengah pelajar yang biasa dengan soalan secara terus (direct).
  • Soalan Sains yang perlu banyak menggunakan logik dan kemahiran berfikir serta pengetahuan luar biasa pelajar.
  • Pendidikan Agama Islam soalan berkenaan dengan 'Maasum' yang tidak pernah dijadikan soalan pada tahun-tahun lain.
  • KH, soalan yg aku tak pernah bayang, sedangkan paper ni la budak-budak selalu score tapi tahun ni tataula mcm mana. *tambahan dari aku*



*utusan*
Walaupun bertujuan untuk menaik taraf kualiti dan juga transformasi pelajar, pihak Lembaga Peperiksaan perlu peka tahap pemikiran pelajar yang baru berusia 15 tahun. Tidak semua pelajar cemerlang, apa akan berlaku kepada pelajar yang sederhana dan tidak berapa cemerlang bila mendapat keputusan PMR 2012 nanti?

Harap pihak Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pelajaran membuat pertimbangan dengan sewajarnya.

Mangsa PMR, berdoalah :p

6 comments:

Nur Fatihah said...

setuju sangat2 yg utk subjek bm dgn bi tu -_________- harhar. semoga kita semua dpt result yg cemerlang :D

msermzni said...

@Aisya Fatihah Fully agree! Amin. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum saya nak komen sikit mathematic p1 pon agak susah dan tak mcm past year soalan boleh lah dikatakan senang.. :-) arap dapat yang tebaik lah ye... Doakan agar semua calon pmr 2012 termasuk saya mendapat result yang cemerlang lah ye..... :-) salam berkenalan dari pelajar johor.... :-) lupa plak nak selit satu lagi komen arap gred for this year menurun lah hendaknya...... Amiiin.....

msermzni said...

@Anonymous In shaa Allah, sy dgr gred menurun. Semoga kita dpt result yg memuas k? Amin :D

Anonymous said...

Assalamualaikum...betul ke result keluar 19 haribulan?

msermzni said...

@Anonymous ya, betul. dah confirm :)