Entry kalini aku nak ceritakan pasal blog aku ni yang dah
berusia 2tahun lebih. So, lets start story about chubbygurlzchumill [dot] blogspot
yg dulunya hanya blog yg biasa, tak cantik, tak menarik dan tak mencecah 10
page view pun sehari. Tp kini, Alhamdulillah, blog ni dah berwajah, dah
difollow 850+ followers yg setia menjenguk blog sederhana ni. Terima kasih sgt
sgt. Tak lupa juga kpd semua blog yg sediakan tutorials yg sgt berguna dan
memantapkan lagi blog cgc ni. Terima Kasih.
Dulu, time 1st time berblogging ni mmg pening
kepala sbb pening dgn codes yg kalau di lihat mmg mencacatkan otak org yang tak
pernah sentuh bab-bab blog ni. Tp dlm seminggu shj, aku dah dpt biasakan diri
aku dgn kehidupan sbg seorang blogger. Aku dah pandai edit blog dan boleh
mengedit blog blogger lain. Lama kelamaan, aku ambil tempahan header dan edit
blog yg mengenakan bayaran melalui topup. Hehehe. Pd tahun 2011, blog aku meningkat naik dgn
mendadak slps aku sediakan pelbagai tutorials yg dicopy dari banyak blog dan
ada jugak 30% drpd tutorials tu haslil godek aku sendiri :D Lepas aku sediakan
tutorials, aku merajinkan diri utk menyediakan goodies utk blog user yg hebat
belaka. Sekali lagi, blog aku melakukan lonjakan saujana yg xpernah aku duga.
Aku selalu direquest utk join GA dan contest dari blog yg
boleh digelar ‘otai’ dalam dunia blog. Aku di invite ke group Blogger dlm facebook. Meriah sgt blog
aku time tu. Talama slps tu, aku mula majukan blog ni dgn menyediakan page difacebook. Skrg liker dah lebih 200+ terima kasih kpd liker di facebook. Aku
jugak sediakan blogger pin post group di facebook. Kdg-kdg aku gembira bila
jumpa blogger-blogger dan ada sesetengah dari diorang pernah dgr dgn nama blog
aku. Aku rasa hepi sgt sbb blog ni kiranya dpt sambutan jugak la :D Hahaha.
Cuti sekolah ni aku dah sediakan tempahan utk mengisi masa
lapang aku dan mengisi kredit aku :p Walaupun xdpt sambutan seramai dulu, tp
masih ada. Bagusla jugak dari xda langsung kan? Maybe sambutan xmenggalakkan
sbb dah banyak blog yg menyediakan tutorial dan 90% blog’s user pandai buad
header sendiri, pandai design blog sendiri dan dah faham mcm mana codes tu
berfungsi kan? Aku suka bila sekali-sekala berBW ke blog-blog yg tinggalkan
jejak di Shoutbox aku tu, mcm mcm jenis blog, ada yg simple, ada yg comel dan
ada yg cun meletup kebaboom! Jeles tgk blog yg cantik-cantik nuh. Haihh. Blog
aku bila lagi ek? Nantila ya. Bg aku mcm ni pun okay pe. Hihihi.
Dulu, bukan ramai mana pun sign up blog. Tp sekrang hampir
1000 dari friends dlm facebook aku ada blog. Oshem! Bila ramai-ramai, baru
best, mcm mcm cerita boleh aku baca setiap hari. Hohoho! Mengisi masa lapang
dan mengetahui info-info menarik yg aku tapernah jangka aku akan tahu. Blog
Best! Aku rasa, aku akan kekalkan URL blog ni even Nampak keanak-anakkan, tp
URL ni menyimpan beribu kenangan dlm hidup aku. Dari aku masih kebudak-budakkan
sampai la aku dah berfikiran agk matang spt sekarang. Aku syg blog aku sampai bila-bila. Semoga blog
ni membantu manusia yg nak mendekatkan diri dalam dunia menulis neh okay. Have
your sweet dreams. Baca doa before tidur dulu, Bismikallahumma ahya wa amutu.
No comments:
Post a Comment