Tuesday, March 05, 2013

Extra _ Menjadi Lelaki Yg Romatik

Lelaki yang romantik mungkin tidak menjadi idaman semua perempuan. Tetapi lelaki perlu ada sifat romantik dalam diri mereka. Dekat bawah ni ada beberapa tips yang boleh aku kongsi yang dicopy dari blogger Eyqa Hasnan.
Beri Bunga
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwenan, berilah hari-hari biasa pon takpe, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pon dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang.
Ungkapkan Ucapan Sayang
Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saje di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya…
Pandang Mata Pasangan
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.
Bicara Dengan Lembut
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara ok.
Berpimpin Tangan
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.
Sentiasa senyum
Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.
Pakaian sedondon
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pon, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya…
Kunjungi Tempat Yang Romantik
Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pon apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.
Memberi Kejutan
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.
Memujuk
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk yea. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.
Kalau aku la kan, aku tak suka sgt pakai sedondon and bagi bunga. Aku rasa mcm romantik melampau sangat hahaha. Aku suka lelaki yang suka buat lawak bodoh pun takpa. Banyak cakap and pembersih. Pembersih tu mcm jaga penampilan diri dan kebesihan diri cth, kuku pendek dan bersih, rambut rapi / terurus, wangi hehehe dan kalau boleh aku nak lelaki yg tak merokok. Tapi bab merokok tu tersangatlah susah nak jumpa zaman sekarang ni :) Aku juga suka lelaki yg jaga batas utk buat apa-apa pun. Boleh bimbing aku and accept aku apa adanya, jujur dalam bagitau something, cerita semua benda pasal diri dia dkt aku, jaga hati aku all time, aku jugak suka lelaki yg penyabar gila-gila sbb aku ni susah sikid nak difahami. Aku juga sukakan kejutan, betul tak tipu! Hohohoh. Tapi semua ni hanya sbg lelaki idaman aku jela. Jodoh Allah masih menjadi rahsia utk aku. Tapi harap aku dpt yg baik pun jadilah. Hihi :3

No comments: