Assalammualaikum :)
Wah comel and hensem yg tgh baca entry aku ni. Hai *lambai-lambai* Harini hari Jumaat tau kan? Kalau kau lelaki tp tatau harini hari Jumaat kantoi tapergi sembahyang td :p Oleh sbb harini hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Aku nak berkongsi cerita atau peristiwa yang berlaku pd hari Jumaat dgn korang yg comel lg hensem dpn screen tu :3 Nak? Kalau nak teruskan membaca.
Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
- Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
- Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
- Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
- Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
- Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
- Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah
- Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
- Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Hari Jumaat:
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya): “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:
- Penciptaan Adam.
- Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
- Pada hari itu juga, dia wafat.
- Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
- Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat
Menurut Imam Sayuti:
- Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
- Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
- Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
- Api neraka tidak menyala.
- Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.
- Kelebihan dan Fadhilat Amalan Hari Jumaat
- Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
Banyak betul kelebihan hari Jumaat dalam Islam kan? Sama-samalah kita amalkan, insya-Allah kita bukan sahaja beroleh pahala yang banyak, bahkan mendapat rahmat dan naungan oleh Allah SWT. Sekian.Kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
No comments:
Post a Comment