Saturday, August 27, 2011

Lawak : Kerana 10 henggeT

Di sebuah musin deposit tunai atau lebih dikenali sebagai Cash Deposit Machine (CDM) kelihatan lebih dari 10 orang yang sedang berbaris menunggu giliran untuk menggunakan mesin tersebut.

kelihatan seorang makcik tua berusia dalam lingkungan 50 tahun sedang memasukkan duit kedalam CDM. nampaknya makcik tu bersungguh-sungguh memasukkan duit kedalam CDM tu.

macam mane plak aku boleh tahu?

alah.. mestilah aku yang berada kat belakang makcik tu. selepas agak lama menunggu giliran makcik tu berusaha bersusah-payah nak masukkan duit tu. akhirnya tinggal sekeping je duit RM10. kalau tak silap aku giliran makcik tu pun dia dok kat depan tu dalam 5 minit.

tapi orang belakang takde pun bunyi bising. mungkin takut bila tiba giliran masing duit akan sangkut jugak tak lepas. mesin tak mau telan.

RM990.00 wah betul kata orang. kalau takde 1 sen tak cukup sejuta. bagi kes makcik ni kurang sepuluh hengget nak cukup seribu. maka tak jadi la seriu tanpa RM10 yang tak dapat dimasukkan.

nak dijadikan cerita maka bersuaralah makcik tu.

"nak, ade boleh tukar duit RM10? mesin ni takmau terima la"

"ada makcik" sambil mengeluarkan wallet.

"terima kasih ye nak"

"sama-sama" jawabku ringkas

fuhh.. lega napa lah makcik ni tak mintak awal² dari tadi takde lah aku tertugggu² kan. selepas menarik nafas lega aku pun mula menekan no. akuan di CDM.

ALAMAK!!! duit RM10 tadi. haizz... macam mane ni. aku pun dah takde duit lain.

dengan muka pakai topeng yang agak² tebal. aku tanya brader balakang aku.

"bang, ade duit tukar spuloh hengget tak?"

lepas ucap terima kasih aku pun masukkan RM10 baru tu. kemudian beredar. sebelum kuar dari pintu kaca bank tu aku tgk brader tadi tu dok tuka duit RM10 tadi tu dengan orang belakang.

maka bermulalah monolog dalam hati aku.


agak-agaknya. semua orang dalam barisan tu kena tuka dengan orang belakang. tapi orang belakang sekali macam mane? ahhh.. bukan masalah aku nak pikir semua tu. semuanya salah makcik tadi. duit yang tak leh masuk tu duit dia. dia yang salah. dia yang bertanggungjawab.

4 comments:

Magrib said...

Wah! entry anda sngt cool, suka dan minat nk baca. penulisan yang menarik. Suka dan follow anda ya..

Entry terbaru saya
Emma Watson got pretty legs
(18sx) Ramai suka anime sebab ini lah!
The most happiest women in the world

Saddila said...

hahahha . kesian kot org yang akhir sekali .

entah2 terpaksa tuka dengan pak guard . haha

Mas Erma Miorthadenza said...

@Saddila tula pasal xD kesian kesian kesian ! haha gelak guling2 baca balek

Mas Erma Miorthadenza said...

@Magrib thx :D yeah2 tgh baca la ni huhu