Sunday, November 01, 2015

Hijab Seorang Wanita

Hijab wanita itu ada empat
  1. Hijab pada wajahnya
  2. Hijab pada matanya
  3. Hijab pada suaranya
  4. Hijab pada hatinya
Apa ertinya?
  • Hijab pada wajah
Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Maksudnya, tapayahla nak berselfie tunjuk lawa kat semua orang hingga femes sebab lawa. Wanita berpurdah juga, orang kata nak melindung diri dari dilihat. TETAPI kini menjadi tatapan mata-mata diluar sana. Penuh instagram upload diri. Tunjuk sangat diri tu berpurdah tetapi entahla nawaitunya itu bagaimana sehingga purdah MENJADI TREND! Astaghfirullaha'azim. 
  • Hijab pada mata
Jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Nampak laki, tunduk. Nampak laki, elak dari melihat. Takut nanti syaitan mengawal mata untuk melihat dengan nawaitu yang bertentang.
  • Hijab pada suara
Jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Melembutkan suara sehingga lelaki rasa tergoda hanya sebab suara.
  • Hijab pada hati
Mengingati Allah Ta’alla, dengan tasbih subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar. DAN yang paling hendak dijaga iaitu merindui bukan mahramnya. Takut takut nanti, zina hati berleluasa.
Tutuplah auratmu ukhti sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan. Aurat itu adalah maruah. Terjaganya aurat, terjagalah maruah.
Subhanallah Wabihamdihi

Saya bukanlah alim, saya juga terkadang kilaf. Tapi saya kongsikan ilmu untuk pengetahuan kita semua. Untuk sama-sama kita menapak ke syurga nanti. Semoga apa yang ditulis ini terusik di hati untuk berubah. Inshaallah.

Friday, April 24, 2015

Sebelum memilih, sebelum menerima

S'aimer en Allah, avancer ensemble vers Allah
Untuk Adam, andai mahu mencari hawa...
  • JANGAN dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pd telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya utk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang  boleh kita kahwini.
  • JANGAN dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram, atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
  • JANGAN dilihat pada cantik ayu wajahnya semata mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Dan untuk hawa, andai mahu menerima cinta adam...
  • JANGAN dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pd aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
  • JANGAN dilihat pada pakaian berjenama semata mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima. Kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
  • JANGAN dilihat pada tampan paras semata mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak. kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.      
PERINGATAN BERSAMA!
Moga bermanfaat.
Moga Allah Redha.


Friday, April 17, 2015

Rawatan Cara Islam

Kaedah rawatan
Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh  insyallah.

  • Telinga - As Sami
  • Tulang - Al Nafi 
  • Tulang Belakang - Al Jabbar 
  • Lutut - Al Rauf (The Clement)
  • Rambut - Al Badi (Pencipta)
  • Jantung - Al Nur (Cahaya)
  • Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
  • Gelombang Jantung - Al Wahab
  • Jantung otot - Al Razaqq
  • saraf - Al Mughni 
  • Arteri - Al Jabbar 
  • Perut - Al Razaqq 
  • Kanser - Al Jalil (The Mighty)
  • Tiroid - Al Jabbar 
  • Thigh- Al Rafi (The Exalter)
  • Migrain - Al Ghani (The Rich One)
  • Mata Arteri - Al Mutaali 
  • Buah Pinggang - Al Hayy 
  • Colon - Al Rauf (The Clement)
  • Usus - Al Razzaq 
  • Hati - Al Nafi 
  • Pankreas - Al Bari 
  • Lemak Sacks - Al Nafi 
  • Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
  • Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
  • Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
  • Prostat - Al Rashid 
  • Saraf Mata - Al Zahir 
  • Kelenjar pineal - Al Hadi 
  • Tekanan Darah - Al Khafed 
  • Paru-paru - Al Razzaq 
  • Thymus Kelenjar - Al Qawi 
  • Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari 
  • Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
  • Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
  • Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Supaya berguna untuk kita semua. Inshaallah

Thursday, April 16, 2015

Amalan Nabi Muhammad SAW

Untitled
Antara amalan yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan ia menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah  soleh wa musleh.

Antaranya ialah, senyum. Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya,

"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Seterusnya, mendahulukan kanan. Daripada Aisyah, katanya:
"Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim)
Semoga kita praktikkan apa yang Rasulullah SAW amalkan.

Thursday, April 09, 2015

8 Perkara Ketika Berwuduk

Allah is one
  • Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
  • Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
  • Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"
  • Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
  • Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
  • Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Wednesday, April 08, 2015

Bila Allah Uji Aku

“Bila Allah Uji Aku”
Hati ini mudah rapuh
Iman ini tidak kukuh
Sebab tu kena selalu istiqamah
Kenapa istiqamah?
Sebab iman mudah rapuh.

Kenapa ujian dan bukan nikmat?
Begini,
Kadang-kadang Allah datangkan nikmat,
Tapi, manusia mudah lupa yang nikmat itu juga satu bentuk ujian,
Bukan kata manusia lain, malah diri aku ini jugak. Sama jua.

Dan bila mana Allah bagi ujian,
Mulalah diri ini, hati ini, mula meletakkan pelbagai persoalan yang berbunyi
“Kenapa Allah pilih diri ini?”
“Hati ini tidak kuat.”
“Diri ini mudah berputus asa dengan ujian sebegini.”
Kenapa persoalan ini yang akan dikeluarkan?

Sebab…..
Kita tak pernah bersyukur dengan apa yang terjadi!
Dan kita tak pernah ajar hati untuk beristiqamah dalam bersyukur dengan apa yang Allah bagi!

Seorang tok guru pernah berkata,
“Kalau nak belajar bersyukur, jangan tengok apa yang orang lain ada yang lebih dari kita. Tengok apa yang orang lain tak ada tapi kita ada. Sebab manusia tak pernah rasa puas.”And yes, only then kita belajar bersyukur! Itu je.

Bila Allah Uji Kita..
As a muslim, kita kena sentiasa ingat yang setiap nikmat itu sebenarnya ujian.
Allah uji sama ada kita masih bersyukur atau tidak.
Dan kita makin jauh atau makin dekat dengan Allah.
Dan bila mana Allah uji kita dengan ujian, kita kena ingat bahawa ujian itu tanda Allah sayang.
Hati ini terlalu lemah, rapuh dan mudah putus asa bila Allah uji.
Dan diri ini jugak mula berkata yang Allah tidak sayang. Allahu. Jangan pernah rasa sebegini.
Didik hati untuk sentiasa tabah dan cekal dengan segala nikmat dan ujian yang terjadi.
Ingat, apa jua musibah menimpa anda
Baik sakit, baik sedih, baik dalam kesusahan
Bahkan tersusuk duri pun akan jadi penebus dosa anda.
La Tahzan, Allah itu ada.

Allah said in Surah Al Baqarah:45
“And seek help in patience and prayer.”

Friday, February 20, 2015

Cara mendapat pahala setelah mati

6 cara utk mendapat pahala setelah mati:

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibawahnya atau makan darinya.
6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi tentang ini kepada semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mendpat pahala.

Subahanallah, mudahnya mendapatkan pahala.

Kenapa duit tak pernah cukup

Dari tazkirah Ustaz Don Daniyal

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging. Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru. Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah, tak perlu tuding jari ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

Thursday, February 19, 2015

Ujian Bertunang

Apa ujian orang bertunang?

Kau akan jumpa orang yg lebih baik drpd tunang kau.

Kata seorang guru,
Apabila kamu bertunang dengan istisyarah dan istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita atau lelaki lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik.

Ini kerana syaitan sedang mengada-adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka ketika inilah kau perkuatkan ikatan kau dengan Allah.
Moga Allah menjaga.

Wednesday, February 18, 2015

Ikhtilat

Saya rasa mesti ramai yang pernah dengar perkataan ni kan? Lagi-lagi mereka yang sekolah agama, dah lali dah dengar. Namun sejauh mana kefahaman kita berkenaan ikhtilat ni? Sejauh mana usaha kita untuk menjauhi ikhtilat ini?

Semoga sedikit perkongsian ni dapat beri manfaat buat semua terutamanye buat diri saya sendiri.

Jom kite beramah mesra dulu dengan ikhtilat ni.

Ikhtilat berasal daripada perkataan Ikhtalato yang membawa maksud 'bercampur'.

Jadi ikhtilat yang dimaksudkan dalam islam ialah percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Percampuran yang macam mana tu??

Apa-apa interaction antara lelaki dan perempuan yng boleh kawin. Apa-apa je.. contohnya berborak, berchating, ber OTP ( on the phone), berjumpa, ber OTS ( on the skype)... dan sebagainye.

Jadi, dalam islam ape hukum ikhtilat ni? boleh ke ikhtilat ni? tapi tak kan lah tak boleh langsung?? Lelaki kan pemimpin perempuan? Cewah.

Sebelum kita bertapi-tapi, kita kena faham dulu hukum asal ikhtilat. Dan hukum asal ikhtilat adalah Haram.
Tapi hukum die jadi harus atas sebab-sebab tertentu : Hajat -  Darurat

Geram sebab Allah dah beri peringatan supaya JANGAN kita mendekati zina. Harus pun atas batas-batas tertentu, contohnye jaga pandangan (jgn menggoda), jaga aurat, jaga suara (gedik-gedik) dan sebagainye.

Abis tu ape kaitan zina dengan ikhtilat?? Takat borak-borak je pung, bukan buat apa pun haa.

Sebelum kita datangkan seribu satu alasan, fikir molek dulu. Dalam kehidupan kita, kita sentiasa diberi pilihan sama ada kita nak yang baik atau yang buruk. Dan lorong yang kita nak lalu pun ada yang baik, ada yang buruk. Maka, ikhtilat itu terletak di awal perjalanan lorong buruk yang hujung nye adalah zina. Haa.. kan ade kaitan tu. Kan lebih selamat jika kita pilih lorong baik lagi satu yang hujung nye adalah Mardhatillah.

Ikhtilat menjadi harus pada tiga perkara.

1. Darurat
Darurat ni maksudnye, kalau kita tak buat, akan melibatkan hilangnya nyawa seseorang. Contoh paling mudah, nak selamatkan orang yang bukan mahram daripada bahaya yang meragut nyawa. Di sini dikira sebagai darurat.

Jadi fikir-fikir kan, kalau tak tanya khabar g/bf tu, kalau tak wish gudluck, wish birthday g/bf tu, boleh bawa maut ke? Hahahaha! Pikirkan.

2. Hajat
Hajat ni contohnya dari segi perubatan, pembelajaran, urusan kerja, urusan mustahak dan sebagainye. Tapi kalau langgar batas, jatuh haram juga.

Jadi fikir-fikir kan, kalau sekadar bertanya "awak dah makan?" "tadi buat ape?" "Doakan saye nak exam" mustahak sangat kah itu?? Dah abis tanya kat member sejantina??

3. Dakwah
Mengajak kepada yang baik, mencegah yang buruk. Tapi untuk yang dalam group, bukan secara individu. Ramai pak ustaz boleh dakwah personal dgn muslimin. Ramai lagi ustazah boleh dakwah personal dgn muslimah.

Member sebelah katil pun tak pernah bagi nasihat, kenapa nak cari orang yang jauh dan berlainan jantina untuk bagi nasihat? "Tingkatkan ketakwaan awak ye ukhti"

Kau rasa?

Jadi, kita mesti faham hukum yang ASAL iaitu HARAM supaya kita tak terpedaya dengan tipu daya syaitan yang memutar belitkan fikiran kita dengan alasan-alasan yang mengikut nafsu peribadi. Bila kita berikhtilat tanpa sebab yng kukuh daripada tiga diatas, sila angkat kaki dan beredar lah jauh-jauh supaya tak dapat dosa. Malaikat kiri kanan catit tuu

Kekeliruan dalam ikhtilat.

Yang pertama, isu kawan.
"Kami kawan je pun, tak de perasaan suka-suka pun, apa salahnye borak2"

Tapikan,
"TIPULAH KALAU LELAKI TU TAK NAIK SYAHWAT WALAUPUN HANYA SEKADAR KAWAN BIASA"

Borak-borak, chating-chating, tak yah laa. Kawan sesama jantina lagi best. Sehati sejiwa lagi.

Yang kedua, isu ukhuwah.
"Ukhuwah fillah ya akhi, Uhibbuki fillah ya ukhti, Semoga ukhuwah sampai ke syurga ye akhi"

Awak, geli ler.

Sebenarnye kan, ramai tak faham UKHUWAH itu apa sebenarnye. Ukhuwah yang betul adalah apabila dijalinkan ukhuwah itu, Islam akan bangkit, Apabila dijalinkan ukhuwah itu, Allah akan redha.

Ramai yang menggunakan istilah-istilah islamik untuk mengHALALkan apa yang die buat. Dah-dah la tu, tak sedap dengar bila salah maksudnye. Ukhuwah yang betul antara lelaki dan perempuan adalah bila kedua-duanya berusaha untuk menjaga ikhtilat, sebab dua-dua sedang menjaga maruah masing-masing.

Syadid, Ekstrem, Over, tak Up To Date

Zaman sekarang ni, tak dinafikan mereka yang menjaga islam dalam diri akan dianggap ekstrem, tak moden, tak ikut peredaran zaman. Namun ingatlah sebuah hadis yang berbunyi lebih kurang camni,

Islam datang dengan dagang dan akan kembali dagang. Maka beruntunglah mereka yang berada dalam keadaan dagang.

Dagang = Asing

Biarlah orang nak kata kita apa jika kita terlampau tegas dengan pendirian kita, sebab kita nak buat apa yang Allah suka. Bukan apa yang manusia suka. Kita hidup dalam masyarakat yang ramai dah leka, jadi cuba hadirkan akhlak islamiyah dalm diri.

Kalau untuk muslimah, mesti akan ade yang kata "ish, sombong nye" "garang nye" "ingat orang nak sangat kat die"

Hiraukan je. Bangga sebab kita dah berjaya tetapkan pendirian kita untuk jauhi ikhtilat ^_^

7 Step nak berubah

Faham asas ikhtilat
Unfrend or unfollow yang berlainan jantina. ((yang ni diakui agak berat)) tapi tolong lah.. sebab nak share rasa amannya  hati bila tak friend or follow kawan lain jantina. Series tak tipu. Jaga iman.

Jangan save nombor tepon lain jantina

Jangan kawan dengan orang yang tak jaga ikhtilat, kawan cari yang baik, sebab kawan cerminan diri kita.

Dakwah kawan atau bantu kawan-kawan kita yang lain untuk kembali kepada kebenaran. Bimbing dengan kasih sayang sebab sayang die kerana Allah.

Jalinkan ukhuwah dengan kawan sejantina.

Elakkan tengok movie-movie yang berunsur cintan cintun. Nanti hati gelap.

Sebokkan diri dengan dakwah dan tarbiyah. Fikir, bila last kita nangis sebab fikir ummah yang dah tenat.

Cara nak Istiqomah

Islam bukan agama magik. Sekali bertaubat, terus jadi malaikat. Iman kita ada naik dan ada turunnya. Jadi lazimi lah taubat. Buat salah, taubat. Buat salah, taubat. Buat salah, taubat.

Taubat kunci istiqamah. Moga-moga kita ditarik nyawa dalam keadaan sedang bertaubat.

Cara nak lupakan seseorang yang tak sepatutnye diingati : EXCOUPLE

Jawapan ustaz yang sangat pedas:

SEPERTI MANA KITA LUPAKAN ALLAH SEBAB ORANG TU, LUPAKAN DIA SEBAB ALLAH.

Kalau kita boleh leka daripada ingat Allah sebab asyik ingat orang tu, mesti kita boleh lupakan orang tu dengan sibukkan diri mengingati Allah. Mudah kan? Selamat mencuba.

Yang penting, jaga ibadah terutama nya jaga solat kita. Sibukkan diri kita dengan tanggungjawab kita dan dakwah tarbiyah.

Kesimpulannya, jika kita dah tahu, kita kena amal. Dosa mereka yang tahu tapi tak mengamalkan lebih besar daripada mereka yang tak tahu. Memang susah, diakui susah sangat. Tapi jangan putus asa sebab Allah sentiasa ada untuk menerima taubat kita.

Allah pertemukan awak dgn pos ini. Allah nak awak tahu dan awak dah baca sampai sini. Sekarang awak tengah menetapkan hati untuk niat yg betul dan nak berubah. Tapi tetiba esok awak tak menjaga ikhtilat awak lagi. Awak kalah. Satan menang menghasut awak. Fikirkan. Dah besar dah kan?

Jaga Ikhtilat ye kawan-kawan. Sebab ikhtilat lah punca segala kehancuran akhlak yang berlaku sekarang.

Wahai wanita, apa engkau tahu Allah mencipta kita begitu lama. Jangan sia-siakan ciptaanNya. Ini hanya pinjaman di dunia. Selepas tahu ttg ikhtilat. Aku tunduk diam, malu dgn Allah. Aku mendekati zina tanpa sedar. Aku mendekati zina terang terangan. Semoga itu aku jauhi dan lebih berhati-hati. Inshaallah. Sama-sama kita berubah. Harta paling berharga seorang perempuan solehah ❤

(m.e)