Sunday, November 01, 2015

Hijab Seorang Wanita

Hijab wanita itu ada empat
  1. Hijab pada wajahnya
  2. Hijab pada matanya
  3. Hijab pada suaranya
  4. Hijab pada hatinya
Apa ertinya?
  • Hijab pada wajah
Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Maksudnya, tapayahla nak berselfie tunjuk lawa kat semua orang hingga femes sebab lawa. Wanita berpurdah juga, orang kata nak melindung diri dari dilihat. TETAPI kini menjadi tatapan mata-mata diluar sana. Penuh instagram upload diri. Tunjuk sangat diri tu berpurdah tetapi entahla nawaitunya itu bagaimana sehingga purdah MENJADI TREND! Astaghfirullaha'azim. 
  • Hijab pada mata
Jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Nampak laki, tunduk. Nampak laki, elak dari melihat. Takut nanti syaitan mengawal mata untuk melihat dengan nawaitu yang bertentang.
  • Hijab pada suara
Jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Melembutkan suara sehingga lelaki rasa tergoda hanya sebab suara.
  • Hijab pada hati
Mengingati Allah Ta’alla, dengan tasbih subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar. DAN yang paling hendak dijaga iaitu merindui bukan mahramnya. Takut takut nanti, zina hati berleluasa.
Tutuplah auratmu ukhti sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan. Aurat itu adalah maruah. Terjaganya aurat, terjagalah maruah.
Subhanallah Wabihamdihi

Saya bukanlah alim, saya juga terkadang kilaf. Tapi saya kongsikan ilmu untuk pengetahuan kita semua. Untuk sama-sama kita menapak ke syurga nanti. Semoga apa yang ditulis ini terusik di hati untuk berubah. Inshaallah.

No comments: