Saya rasa mesti ramai yang pernah dengar perkataan ni kan? Lagi-lagi mereka yang sekolah agama, dah lali dah dengar. Namun sejauh mana kefahaman kita berkenaan ikhtilat ni? Sejauh mana usaha kita untuk menjauhi ikhtilat ini?
Semoga sedikit perkongsian ni dapat beri manfaat buat semua terutamanye buat diri saya sendiri.
Jom kite beramah mesra dulu dengan ikhtilat ni.
Ikhtilat berasal daripada perkataan Ikhtalato yang membawa maksud 'bercampur'.
Jadi ikhtilat yang dimaksudkan dalam islam ialah percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Percampuran yang macam mana tu??
Apa-apa interaction antara lelaki dan perempuan yng boleh kawin. Apa-apa je.. contohnya berborak, berchating, ber OTP ( on the phone), berjumpa, ber OTS ( on the skype)... dan sebagainye.
Jadi, dalam islam ape hukum ikhtilat ni? boleh ke ikhtilat ni? tapi tak kan lah tak boleh langsung?? Lelaki kan pemimpin perempuan? Cewah.
Sebelum kita bertapi-tapi, kita kena faham dulu hukum asal ikhtilat. Dan hukum asal ikhtilat adalah Haram.
Tapi hukum die jadi harus atas sebab-sebab tertentu : Hajat - Darurat
Geram sebab Allah dah beri peringatan supaya JANGAN kita mendekati zina. Harus pun atas batas-batas tertentu, contohnye jaga pandangan (jgn menggoda), jaga aurat, jaga suara (gedik-gedik) dan sebagainye.
Abis tu ape kaitan zina dengan ikhtilat?? Takat borak-borak je pung, bukan buat apa pun haa.
Sebelum kita datangkan seribu satu alasan, fikir molek dulu. Dalam kehidupan kita, kita sentiasa diberi pilihan sama ada kita nak yang baik atau yang buruk. Dan lorong yang kita nak lalu pun ada yang baik, ada yang buruk. Maka, ikhtilat itu terletak di awal perjalanan lorong buruk yang hujung nye adalah zina. Haa.. kan ade kaitan tu. Kan lebih selamat jika kita pilih lorong baik lagi satu yang hujung nye adalah Mardhatillah.
Ikhtilat menjadi harus pada tiga perkara.
1. Darurat
Darurat ni maksudnye, kalau kita tak buat, akan melibatkan hilangnya nyawa seseorang. Contoh paling mudah, nak selamatkan orang yang bukan mahram daripada bahaya yang meragut nyawa. Di sini dikira sebagai darurat.
Jadi fikir-fikir kan, kalau tak tanya khabar g/bf tu, kalau tak wish gudluck, wish birthday g/bf tu, boleh bawa maut ke? Hahahaha! Pikirkan.
2. Hajat
Hajat ni contohnya dari segi perubatan, pembelajaran, urusan kerja, urusan mustahak dan sebagainye. Tapi kalau langgar batas, jatuh haram juga.
Jadi fikir-fikir kan, kalau sekadar bertanya "awak dah makan?" "tadi buat ape?" "Doakan saye nak exam" mustahak sangat kah itu?? Dah abis tanya kat member sejantina??
3. Dakwah
Mengajak kepada yang baik, mencegah yang buruk. Tapi untuk yang dalam group, bukan secara individu. Ramai pak ustaz boleh dakwah personal dgn muslimin. Ramai lagi ustazah boleh dakwah personal dgn muslimah.
Member sebelah katil pun tak pernah bagi nasihat, kenapa nak cari orang yang jauh dan berlainan jantina untuk bagi nasihat? "Tingkatkan ketakwaan awak ye ukhti"
Kau rasa?
Jadi, kita mesti faham hukum yang ASAL iaitu HARAM supaya kita tak terpedaya dengan tipu daya syaitan yang memutar belitkan fikiran kita dengan alasan-alasan yang mengikut nafsu peribadi. Bila kita berikhtilat tanpa sebab yng kukuh daripada tiga diatas, sila angkat kaki dan beredar lah jauh-jauh supaya tak dapat dosa. Malaikat kiri kanan catit tuu
Kekeliruan dalam ikhtilat.
Yang pertama, isu kawan.
"Kami kawan je pun, tak de perasaan suka-suka pun, apa salahnye borak2"
Tapikan,
"TIPULAH KALAU LELAKI TU TAK NAIK SYAHWAT WALAUPUN HANYA SEKADAR KAWAN BIASA"
Borak-borak, chating-chating, tak yah laa. Kawan sesama jantina lagi best. Sehati sejiwa lagi.
Yang kedua, isu ukhuwah.
"Ukhuwah fillah ya akhi, Uhibbuki fillah ya ukhti, Semoga ukhuwah sampai ke syurga ye akhi"
Awak, geli ler.
Sebenarnye kan, ramai tak faham UKHUWAH itu apa sebenarnye. Ukhuwah yang betul adalah apabila dijalinkan ukhuwah itu, Islam akan bangkit, Apabila dijalinkan ukhuwah itu, Allah akan redha.
Ramai yang menggunakan istilah-istilah islamik untuk mengHALALkan apa yang die buat. Dah-dah la tu, tak sedap dengar bila salah maksudnye. Ukhuwah yang betul antara lelaki dan perempuan adalah bila kedua-duanya berusaha untuk menjaga ikhtilat, sebab dua-dua sedang menjaga maruah masing-masing.
Syadid, Ekstrem, Over, tak Up To Date
Zaman sekarang ni, tak dinafikan mereka yang menjaga islam dalam diri akan dianggap ekstrem, tak moden, tak ikut peredaran zaman. Namun ingatlah sebuah hadis yang berbunyi lebih kurang camni,
Islam datang dengan dagang dan akan kembali dagang. Maka beruntunglah mereka yang berada dalam keadaan dagang.
Dagang = Asing
Biarlah orang nak kata kita apa jika kita terlampau tegas dengan pendirian kita, sebab kita nak buat apa yang Allah suka. Bukan apa yang manusia suka. Kita hidup dalam masyarakat yang ramai dah leka, jadi cuba hadirkan akhlak islamiyah dalm diri.
Kalau untuk muslimah, mesti akan ade yang kata "ish, sombong nye" "garang nye" "ingat orang nak sangat kat die"
Hiraukan je. Bangga sebab kita dah berjaya tetapkan pendirian kita untuk jauhi ikhtilat ^_^
7 Step nak berubah
Faham asas ikhtilat
Unfrend or unfollow yang berlainan jantina. ((yang ni diakui agak berat)) tapi tolong lah.. sebab nak share rasa amannya hati bila tak friend or follow kawan lain jantina. Series tak tipu. Jaga iman.
Jangan save nombor tepon lain jantina
Jangan kawan dengan orang yang tak jaga ikhtilat, kawan cari yang baik, sebab kawan cerminan diri kita.
Dakwah kawan atau bantu kawan-kawan kita yang lain untuk kembali kepada kebenaran. Bimbing dengan kasih sayang sebab sayang die kerana Allah.
Jalinkan ukhuwah dengan kawan sejantina.
Elakkan tengok movie-movie yang berunsur cintan cintun. Nanti hati gelap.
Sebokkan diri dengan dakwah dan tarbiyah. Fikir, bila last kita nangis sebab fikir ummah yang dah tenat.
Cara nak Istiqomah
Islam bukan agama magik. Sekali bertaubat, terus jadi malaikat. Iman kita ada naik dan ada turunnya. Jadi lazimi lah taubat. Buat salah, taubat. Buat salah, taubat. Buat salah, taubat.
Taubat kunci istiqamah. Moga-moga kita ditarik nyawa dalam keadaan sedang bertaubat.
Cara nak lupakan seseorang yang tak sepatutnye diingati : EXCOUPLE
Jawapan ustaz yang sangat pedas:
SEPERTI MANA KITA LUPAKAN ALLAH SEBAB ORANG TU, LUPAKAN DIA SEBAB ALLAH.
Kalau kita boleh leka daripada ingat Allah sebab asyik ingat orang tu, mesti kita boleh lupakan orang tu dengan sibukkan diri mengingati Allah. Mudah kan? Selamat mencuba.
Yang penting, jaga ibadah terutama nya jaga solat kita. Sibukkan diri kita dengan tanggungjawab kita dan dakwah tarbiyah.
Kesimpulannya, jika kita dah tahu, kita kena amal. Dosa mereka yang tahu tapi tak mengamalkan lebih besar daripada mereka yang tak tahu. Memang susah, diakui susah sangat. Tapi jangan putus asa sebab Allah sentiasa ada untuk menerima taubat kita.
Allah pertemukan awak dgn pos ini. Allah nak awak tahu dan awak dah baca sampai sini. Sekarang awak tengah menetapkan hati untuk niat yg betul dan nak berubah. Tapi tetiba esok awak tak menjaga ikhtilat awak lagi. Awak kalah. Satan menang menghasut awak. Fikirkan. Dah besar dah kan?
Jaga Ikhtilat ye kawan-kawan. Sebab ikhtilat lah punca segala kehancuran akhlak yang berlaku sekarang.
Wahai wanita, apa engkau tahu Allah mencipta kita begitu lama. Jangan sia-siakan ciptaanNya. Ini hanya pinjaman di dunia. Selepas tahu ttg ikhtilat. Aku tunduk diam, malu dgn Allah. Aku mendekati zina tanpa sedar. Aku mendekati zina terang terangan. Semoga itu aku jauhi dan lebih berhati-hati. Inshaallah. Sama-sama kita berubah. Harta paling berharga seorang perempuan solehah ❤
(m.e)
No comments:
Post a Comment