Friday, June 20, 2014

'SELFIE' adalah penyakit



Sebelum aku cerita apa benda yang aku nak cerita. Meh aku bagitau korang apa itu :

#SELFIE
  • Mengikut wikipedia : is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Instagram, Snapchat, and Tumblr. They are often casual, and are typically taken either with a camera held at arm's length or in a mirror.

Tapi! Yang aku nak semangat gila nak cerita ni apa yang telah terjadi dekat negara kita yang indah merdeka permai cantik menarik iaitu Malaysia. Ada seorang perempuan (macam yang korang boleh tengok dalam gambar di atas) telah bertungkus-lumus naik bangunan tinggi untuk berSELFIE. Pelik? Tak. Tapi tak cerdik. Sorry la weh, apa kejadahnya sanggup merangkak menonggeng naik hanya untuk berSELFIE sedangkan kau boleh SELFIE relax atas kerusi sambil buat muka dakfe. Eh? Em. Itu kira baik tau dia SELFIE sambil senyum. Kalau dia SELFIE dakfes tak ke kena lagi teruk KEJI tu. Yedok?

Manusia semuaaa. Tolongla, SELFIE adalah bergambar. Apa ke batak sangat sanggup pertaruhkan nyawa korang naik tempat macam tu sorang diri semata-mata nak tangkap gambar hebat then upload dalam laman sosial semata-mata untuk dapatkan LIKE di FB, HEART di IG dan RETWEET di TWITTER. Kejadah apa kah itu? So, sebab tula sebelum ni ada keluar berita SELFIE salah satu penyakit mental. Renungkan.

Sebenarnya SELFIE is normal at the first bila semua manusia hanya berSELFIE kenang-kenangan bersama member. Tapi yang jadikan ia sebagai satu penyakit apabila GILA SELFIE, tiap hari ada saja nak buat hanya untuk tunjuk kpd semua orang korang SELFIE hari ini. Hmmm. Agak-agak laweh. Ada tahap jugak orang nak layan 'hobi' kau tu. Bila orang rasa pelik & tinggalkan comment macam..

"Tiap hari kau keluar? Tak study ke?"
"Memang muka kau wajib home ig aku eh?"
"Memang setiap hari wajib up gambar kat ig eh eh eh?"

Mula la nak up gambar yang tiba-tiba takda muka kau, tapi! Bertulis pulakkkk seperti...

"Kalau tak suka, UNFOLLOW la aku!"
"IG masing-masing, tak suka BLOCK!"
"This is my IG! So, suka hati aku la nak up gamabr 3K sehari pun. Kesah?"

Annoying bodoh.

Kan dah membawa kepada putusnya silaturahim hanya disebabkan gambar. Allah tak suka tau. Renungkan :)

No comments: