Sunday, June 22, 2014

Mayat 15 tahun yang bernyawa



Harini, home facebook aku penuh dengan berita budak lelaki yang bernama Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun yang dikurung oleh ibunya sendiri di sebuah flat di Nilai. Seperti yang boleh korang tengok keadaan Firdaus ketika dijumpai semalam. Untuk pengetahuan korang adik Firdaus ni kelainan upaya. Firdaus menghidap 'celebral palsy'. Sekarang Firdaus sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Semoga adik Firdaus sihat seperti dulu..

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, yang melawat remaja itu, hari ini, berkata keadaan remaja itu lebih terurus. Katanya, rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang. Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

Ketika ditemui, remaja itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis. Penuh komen yang negatif dilemparkan kepada ibunya. Namun biarlah apa jua alasan ibunya, biar Allah menilai. Tetapi syurga tempatmu adik Firdaus :') Apapun, berkaitan ibu bapa adik Firdaus, mereka bercerai dan ibunya yang jaga. Namun selepas kes ini, ibunya menafikan anaknya dikurung.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibunya.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, semalam.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya. 

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak di Nilai pagi Sabtu. - Foto Bernama
Foto

No comments: