Friday, October 03, 2014

Aku tahu, sebab aku perempuan.

500px / Elegance by Kimber Leigh
Der, aku sebagai perempuan nak sedarkan kau tentang sesuatu der.
Kau pernah fikir kenapa kami, perempuan berkelakuan luar jangkaan bila dengan lelaki yang kami sayang. Tak, bukan sekadar sayang tapi... cinta. Kau pernah terfikir tak bila perempuan yang bagi kau ada rupa, ada gaya, ada masa depan. Pilih kau sebagai kekasih dia? Pernah tak kau terfikir, bila kau tengok perempuan yang kau tengah cinta tu, kau fikir "kenapa dia pilih aku?" Pernah? Tak pernah? Tak perlu? Entah? Der, tolong fikir hari ini.

Dia pilih kau. Kau faham tak? Sini aku bagitau. Kalau kau nak tahu, dia boleh dapat lebih baik dari kau. Lebih cerah masa depan dari kau. Lebih faham dia dari kau. Dia boleh. Tapi dia tak pilih diorang semua tu sebab dia pilih kau. Dia boleh ja curang sebab dia bukan isteri kau yang sah pun. Tapi dia buat benda gila iaitu, setia. Der, perempuan ni dia punya ego. Fulamak aku cakap. Ego dia kau tak dapat bayangkan. Bukan sebab dia nak, tapi sebab dia perempuan. Aku tahu, aku perempuan.

Dia rendahkan ego dia yang fulamak tu sebab, kau. Perempuan yang kau terfikir nak tinggal tu; perempuan yang kau tinggal tu; perempuan yang depan mata kau sekarang tu; perempuan yang kau marah maki hamun; perempuan yang kau abai selama dia setia dengan kau tu; dia pilih kau. Kau sedar tak, betapa dia sabar dengan perangai kau? Betapa dia tahan marah dia sebab kau punya salah. Betapa dia minta maaf walaupun tu semua sah-sah salah kau. Betapa dia menangis setiap malam rindukan kau. Betapa dia pendam cemburu dia tengok gambar-gambar kau. Macam mana dia tipu kau bila dia kata 'takpa, saya tak kesah. Asalkan dia cuma kawan'. Kau sedar tak kau dah bunuh dia beribu kali tanpa kau sedar?

Lepastu, bila kau dah buat benda bodoh pergi tinggalkan dia. Der, aku konfem. Kalau kau call ex kau yang baru break sebulan dua lepas selepas kau baca semua yang aku tulis ni. Percayalah, harini hari paling bahagia bagi dia. Walaupun kau call seminit ja atau! Kau buat miskol je. Der, aku tahu, aku perempuan. Dia tunjuk dia bencikan kau, dia tunjuk dia marah dekat kau. Tapi hati dia sebaliknya, sepenuhnya. Macam mana air mata dia mengalir bila dia nampak kenangan kau dengan dia. Macam mana dia berjalan bila dia tak lagi nampak kaki kau melangkah di sebelah dia. Macam mana dia tunggu ja telefon bunyi dan kau, kau yang muncul di screen fon dia. Kau tak dapat bayangkan gila seorang perempuan der.

Der, dia akan tetap cari cara untuk tengok kau. Tapi dia taknak kau tahu dia tengok kau. Sebab? Sebab dia taknak kau nampak betapa dia rindukan kau. Dia tanak kau nampak betapa bengkaknya mata dia. Dia tanak kau nampak dia tak happy dengan hidup dia. Saat ni, kau akan nampak apa yang aku cakap ego perempuan tu fulamak. Dia tunjuk selepas kau pergi dari hidup dia.
Pesan aku, hargai dia yang sedang; akan; telah bersama kau. Der, nak tinggal dia? Bersebab. Kesian dia. Aku tahu perit yang dia rasa, sebab aku perempuan.

-m.e

2 comments:

Unknown said...

Nice post. You made me realized something. Haha Well I should take serious about this even I'm single. Keep on blogging sweetie :)

msermzni said...

Good to read that. Thanks & ur welcome. :)