Hastag MH370 Hastag PrayForMH370 Hastag DoakanMH370
MH370 adalah trending dunia buat masa sekarang bertapa debarnya menanti jawapan pencarian kapal terbang MAS yang telah hilang semasa penerbangan KLIA ke Beijing kemarin. Demi Allah, dalam hati ini Allah sahaja yang tahu betapa terkejutnya aku. Betapa hairannya aku bila aku terbaca di twitter kapal terbang HILANG. Pelik terus kuasai diri aku. Semua yang tweet #MH370 mendoakan yang terbaik untuk semua yang ada dalam flight tu. Malaysian cared! Worlwide cared.
"YA ALLAH YA TUHANKU...
Jika di laut
Timbulkanlah
Jika di darat
Tunjukkanlah
Jika di langit
Turunkanlah"
Satu dunia mencari, semua teknologi diguna, semua manusia menanti, semuanya menanti keajaiban akan berlaku, semuanya menanti khabar yang lega hati.
Muslims or non-Muslims, Malaysians or non-Malaysians, we are all human. Let's unite. Keep MH370 in our prayers, always. Pray for MH370! Tapi kita kena ingat, darat langit laut semuanya milik Allah SWT. Jika di langit, di langit milik Allah. Jika dia darat, di darat milik Allah. Jika di laut sedalam mana pun itu milik Allah. Hanya padanya kita berdoa. Hanya padanya kita minta yang terbaik. Kunfayakun. Jadi maka jadilah. Perancangan Allah ada hikmah ada baiknya dan ada sebabnya. Kita sebagai hamba yang kurang. Berdoa adalah senjata Islam. Jangan dibuat main nyawa manusia. Ini bukan tentang telefon yang rosak boleh beli baru. Ini soal nyawa. Nyawa yang tiada ganti.
Kepada ahli keluarga yang terlibat. Bersabar. Maaf hanya kata-kata ini yang dapat saya katakan. Sabar. Benar tidak semudah yang yang diminta. Benar saya tidak alami apa yg awak rasa. Tapi saya cuba memahami apa yang ada dalam hati mereka. Diri yang membayang dan bibir yang berkata 'kalaulah' ini memang tidak tahu apa rasa yang dialami mereka tapi diri dan bibir ini sentiasa ingin menyembuhkan hati dia yang lemah, yang sedih agar dia tahu dunia sedang mengahadapi kesedihan tu bersama. Aku harap semuanya akan kembali dengan selamat. Perit telinga aku mendengar berita, menangis mata aku melihat, pilu hati aku merasa. Semoga Allah makbulkan dan memudahkan kesulitan yang ada. Aamin.
Indah hati melihat non-Muslim tweet benda yang baik. Mendoa dengan cara mereka. Tapi sedihnya aku melihat anak muda yang 'obses' dengan politik kerana masih menganggap ini semua helah sahaja. Astaghfirullah. Sedarlah politik itu dunia. Akhirat tiada ditanya awak sokong siapa. Tolongla pilu hati aku membaca. Seolah-olah kau tengah mementingkan diri tanpa memikirkan 'jika kau ditempat mereka' kau tiada impati. Apa manusia kau ni? Tapi tidak semua, hanya 10% sahaja manusia begini. Sudah sudahla dengan duniawi. Tu ja
Penantian satu penyeksaan. Tapi apa kita boleh buat. Kita hanya mampu bersabar dan menanti apa saja yg berita yang khabarkan apa berlaku nanti. Usaha itu pentingkan? Inshaallah yang hilang ini akan kita jumpa cuma cepat atau lambat. Tapi bila aku dengar pasal pasport palsu, aku bimbang jika ini angkara pengganas. Aku bimbang mereka diseksa. Aku bimbing budak-budak yang tak tahu apa yang berlaku. Aku bimbang semua tu. Demi Allah aku bimbang. Bukan aku memikirkan sesuatu yg negatif tapi aku sedih memikirkan nasib mereka. Tapi kalau boleh aku harap semua tu tak berlaku! Jangan berlaku! Minta simpang la. Jauhkan mereka dari semua tu!
No comments:
Post a Comment