Semalam Allah
bagi aku ujian yang sangat-sangat berat. Entahla. Sedih sangat semalam. Tapi alhamdulillah,
Allah gantikan kesedihan semalam dengan kegembiraan untuk harini. Alhamdulillah
alhamdulillah alhamdulillah. Tak sangka sangat. Allah tu Maha Adil kan? Sekarang
aku tau betapa untungnya bersabar. Biarla kita perlu menangis sorang-sorang.
Biarla kita pendam dalam hati apa yang kita nak luahkan. Biarla hati kita sakit.
Biarla kita mengalah. Biarla kita yang sedih. Biarla kita jadi orang yang
dilupakan. Sebab! Kegembiraan orang itu menjadi kegembiraan buat kita adalah
makna cinta, kasih dan sayang kita kepada dia kerana Allah. Allah izinkan kita
mencintai dia. Allah juga yang tetapkan kita bertemu dengan dia. Ada berjuta
sebab. Jangan pernah mencari sebab itu. Kalau kita cari, maka keikhlasan itu
takut tiada lagi ikhlasnya. Jangan pernah salahkan takdir. Takdir Allah untuk
kita adalah yang terbaik untuk kita dan sememangnya untuk kita. Jangan pernah
menyesal mengenali seseorang yang telah Allah tetapkan untuk kita. Buruk tara
manapun dia, siapa kita untuk membenci dia. Bertapa annoyingnya dia pun, dia
dalam hidup kita. Kita tatau siapa dia bagi kita suatu hari nanti. Kita tatau
apa tugasnya dalam hidup kita. Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa
yang kita mahu. Percayalah.
Panjangnya
starting aku.. harini lutut kanan aku bengkak. Tatau apa sebabnya. Badan still allergic.
Seksa tau tak allergic habuk. Habuk sentiasa ada kat mana ja. Macam mana nak
baik kan? Teringin nak kulit cantik macam orang lain. Takda parut, cantik
bersih ja. Tapi apa boleh buat. Allah bagi ujian ni untuk aku. Ada hikmahnya
kan? Tapi, kalau korang tau ubat parut yang konfem berkesan tinggal komen eh?
Memerlukan sangat-sangat. Kalau takda ubat, cara tradisional ka, apa ka bagitau
eh? Terima kasih! Kulit aku lebih lembut dan lebih sensitive dari kulit bayi. Bayangkan
la! Haih. Tatau nak cakap apa. Bila nak hilangkan rasa sedih sebab allergic
camni, aku akan tengok gambar orang lain yang allergic lebih teruk dari aku. Baru
rasa diri ni takdala seteruk mana. Pujuk hatila katakan..
Esok balik
sekolah pukul 4pm. Ada kokurikulum. Entah nak join ka tak. Sebab kelab! Nak masuk
kelab lain, kelab lain yang dapat. Tak semangat nak masuk. Macam apa ja. Hm. Lepak
Roof 5 lagi baik~ sekarang ni, aku tengah busy menyiapkan kerja kursus akaun. Sampai
nak jerawat la buat menatang neh. Stress k stress! Ya Allah. Sabar jala. Kalau ada
akaun ja, mesti balik aku mandi lama bukan main. Bagi sejuk otak. Hahahaha. Nampakkan
stress dia? Entahla bila nak habis benda alah yang menyusahkan aku ni. Malas dah
nak hadap. Malas malas malas malas.. Oh! Harini, aku ganti puasa. ngehngehngeh~
No comments:
Post a Comment