Sunday, July 21, 2013

Ciri-ciri Perempuan Yang Lelaki Menyampah [ 8 Responden ]

Asian Prince Lee Kwang Soo Models for Australian Brand "MAMBO" | latest kpop news and music | Officially Kmusic
  • Gedik
Kesemua 8 responden menyatakan tidak suka pada perempuan yang suka gedik-gedik. Walaubagaimanapun, 5 daripada 8 responden berpendapat, perempuan-perempuan yang bertaraf cun boleh lagi diterima kegedikan mereka. Hahahaha!
  • Busuk / Terlalu Wangi
Kesemua responden bersetuju tidak sukakan perempuan yang busuk ataupun terlebih wangi. Maknanya kat sini, mereka mahukan perempuan yang ala kadar je. Wangi tak, busuk pun tak. Kalau busuk, yang cantik boleh jadi seburuk nenek kebayan. Kalau terlebih wangi, yang cantik boleh menyakitkan dan annoying gila. Jadi, kepada perempuan di luar sana, kalau nak mengenakan minyak wangi sekalipun, jangan guna yang terlalu menyakitkan hidung tau!
  • Selekeh
Responden bersetuju perempuan selekeh buruk di mata mereka. Selekeh dalam erti kata lain ialah tidak pandai bergaya ataupun memang tak pernah bergaya langsung! Pemilihan warna untuk digayakan penting kepada mereka ini.  2 daripada mereka tidak bersetuju kerana selekeh itu hanyalah luaran semata-mata, yang penting hati. Alhamdulillah. Jejaka Malaya Terakhir :p
  • Berlagak
5 Responden amat menyampah dengan perempuan berlagak. Dengan nada kerasnya, mereka bersetuju. Tetapi, mungkin kerana responden yang dipilih ini tidak terlalu hensem membuatkan perempuan malas untuk melayan mereka. HAHAHA. Walaupun begitu, 3 lagi responden sukakan perempuan yang sombong kerana menganggap perempuan itu satu makhluk yang suci dan indah, sombong itu bukan tanda berlagak, tetapi pemaludan setia. Betul ke? Poyos je XP
  • Demand
Kesemua mereka amatlah bersetuju perempuan yang demand patutlah dihindari. Perempuan yang demand ini dianggap kaki kikis duit PTPTN mereka dan duit makbapak mereka. Di awal perkenalan, ajak makan aiskrim pun taknak. Tapi, bila dah kenal, ipad2 dimintaknya. 'Sorry to say, this type of girls is the real bitch' (google translator= error in grammar ), kata seorang responden. Keh! Keh! Keh!
  • Mekap tebal
7 daripada 8 responden tidak sukakan perempuan yang suka mengenakan mekap tebal kerana mekap tebal ini dianggap menyembunyikan wajah sebenar. Pada mereka, perempuan yang tidak mengenakan mekap atau mekap ala kadar adalah lebih cantik. Walaubagaimanapun, seorang responden diam. Mungkin makwenya suka mengenakan mekap tebal. HAHA. Oh, lagi satu natural beauty lebih menjadi pilihan lelaki masa kini. Jangan guna photoshop jugak kuakuakua..
  • Bising
Kesemua responden sebulat suara bersetuju perempuan bising mengAnnoyingkan. Mereka berpendapat, perempuan yang bising ini kurang kasih sayang ataupun mengalami masalah kecelaruan identiti yang menyebabkan mulutnya tidak boleh berhenti bercakap. Mereka lebih sukakan perempuan yang ayu dan pandai menjaga mulutnya. Plus, kalau setakat bising boleh dimaafkan lagi tapi paling tak tahan kaki carut, semua benda tak baik semua dekat mulut dia. Ingat! Lelaki benci dan Allah pun tak suka. Mana perginya keayuan seorang perempuan?
  • Freehair
5 daripada 8 responden tidak suka perempuan yang tidak bertudung. Pada pandangan mereka, perempuan freehair ini tidak pandai menjaga apa yang diberi pinjam oleh Allah kepadanya. Walaubagaimana pun, 3 lagi responden mengambil pendekatan positif yang mana mungkin perempuan freehair ini kurang pendedahan tentang agama dan masih lagi boleh dibentuk. InshaAllah.
Ini hanyalah pendapat sahaja. Jika korang ada pendapat lain, boleh la kongsi-kongsi :) 

No comments: