Saturday, July 30, 2016

KEBAIKAN SURAH ALI IMRAN

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
"didalam tiga surat ada asma allah al-a’zham di mana bila untuk berdoa pada allah maka terkabullah serta bila untuk memohon maka terpenuhilah yaitu di dalam surat al-baqarah, permulaan surat ali imran serta didalam surat thana."
Imam Ad-Dailami dari imam makhul menyebutkan :
"barangsiapa membaca surat ali imran pada hari jumaat maka beberapa malaikat memohon keampunan untuknya hingga malam hari."
Surah Ali ‘Imran yang mengandungi 200 ayat ini diturunkan di Madinah. Ia dinamakan Ali Imran kerana memuatkan kisah-kisah tentang keluarga Imran yang menyebutkan sejarah kelahiran Nabi Isa Alaihis Salaam, persamaannya dengan Nabi Adam Alaihis Salaam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebutkan juga tentang kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa Alaihis Salaam.


Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan “Az Zahrawaani” (dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surah ini menyingkap perbagai perkara yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa Alaihis Salaam, kedatangan Nabi Muhammad SAW, perang Uhud dan Badar, penjelasan tentang keimanan, hukum-hukum syariat dan sebagainya.

Katakanlah:

"Ya Allah yang memiliki kerajaan! Dikau berikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dikau kehendaki, dan Dikau tarikkan (lenyapkan) kuasa pemerintahan itu daripada sesiapa yang Dikau kehendaki, dan Dikau muliakan sesiapa yang Dikau kehendaki dan Dikau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam tangan (kekuasaan) Dikaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Surah Ali Imran 3: Ayat 26
Di antara khasiat surah Ali Imran ini dalam kehidupan adalah seperti berikut:
  • Baca ayat 1-2 berulang-ulang kali, InshaAllah ia amat berkesan bagi jiwa orang yang sedang ditimpa musibah, kesusahan, kesempitan hidup kerana di dalamnya terkandung nama Allah Yang Agung.
  • Dibacakan ayat 1-2 ini seberapa banyak kepada orang yang sedang sakit, InshaAllah akan diampunkan dosanya.
  • Sesiapa membaca ayat 1-3 dari surah Ali Imran ini, InshaAllah dia akan terhindar daripada segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
  • Ayat 1-4 jika dibaca setiap kali selepas solat fardhu, InshaAllahdapat jadi pendinding, kebahagiaan dan menunaikan segala hajat
  • Ayat 8 jika diamalkan secara istiqamah selepas selesai solat fardhu, InshaAllah akan menjadi orang yang jujur, taat ibadah, mendapat rahmat dari Allah سبحانه وتعالى dan pembacanya akan mati dalam beriman (Husnul Khatimah). InshaAllah
  • Baca ayat 9 selepas solat fardhu, InshaAllah dapat mengembalikan barang yang hilang.
  • Jika diamalkan membaca ayat 7-9, InshaAllah dapat menjadikan diri cerdik yang luar biasa.
  • Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan kesalahan dosa, terutama dosa-dosa kecil. Baca ayat 16 surah Al Imran untuk memohon keampunan dari Allah. 
  • Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari. InshaAllah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-hutangnya.
  • Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, InshaAllahdapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan menunaikan segala hajat.
Nabi Muhammad ﷺ bersabda kepada Saidina Muaz,
“Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”
  • Membaca surah Al Imran Ayat 31 iaitu 'Ayatul Mahabbah' jika diamalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya.
  • Ayat 35 adalah sebagai wasilah untuk merawat sakit perut dan untuk berjaga-jaga agar tidak diserang sakit perut. Caranya baca ayat 35 selepas solat Subuh dan Maghrib sebanyak 3 kali. InshaAllah dengan cara amalan ini kita akan selamat dari sakit perut. Bagi merawat orang yang sakit perut pula, tulis ayat 35 di pinggan putih lalu larutkan dengan air dan diberi minum kepada pesakit. InshaAllah dengan berkat air tersebut, orang tersebut akan segera sembuh dari sakit perutnya.
  • Ayat 35-37 surah Ali Imran jika diamalkan atau dibaca setiap kali selepas solat fardhu, InshaAllah dapat menjadi sebagai perlindungan kepada perempuan hamil atau sebagai pelaris.
  • Jika mempunyai masalah perniagaan yang masih 'tidak menjadi', amalkanlah membaca ayat 37 sebagai doa pelaris. Diamalkan ketika mengerjakan sesuatu dan dibacalah juga setiap kali selepas solat fardhu.
  • Bacalah ayat 38 berulang-ulang kali khusus selepas solat dan ketika isteri sedang hamil, InshaAllah akan dikurniakan seorang anak yang soleh.
  • Ayat 53 adalah doa agar tergolong orang beriman. Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad ﷺ pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah سبحانه وتعالى akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).
  • Ayat 73-74 boleh dijadikan pelaris dan memudahkan peminangan. Bacalah sebagai wirid ketika mengerjakan peniagaan atau urusan tersebut.
  • Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada binatang buas, liar, orang zalim atau tiupkan dalam air untuk di minum.
  • Sesiapa ingin disayangi, maka ada baiknya amalkan membaca ayat 103-104 dari surah Ali Imran setiap kali selepas solat sebanyak 7x. InshaAllah akan jadikan seseorang itu pengasih dan lembut hati.
  • Ayat 111-112 boleh dijadikan sebagai pendinding ketika menghadapi musuh. Bacalah sebanyak 3x sewaktu berhadapan dengan mereka.
  • Jika diamalkan membaca ayat 134-136, InshaAllah dapat menjadi pelindung daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
  • Bagi menghentikan darah, bacalah doa dan ayat 144 sebanyak 3 / 7 kali sewaktu merawat kecerderaan mangsa. InshaAllah akan segera berhenti.
  • Ayat 146-148 dapat menghilangkan rasa kekesalan dan kesedihan ketika menghadapi musibah jika sentiasa diamalkan membacanya.
  • Ayat 169-171 sekiranya diamalkan secara istiqamah selepas solat fardhu, InshaAllah akan mendapat taufiq dan menjadi penerang hati.
  • Ayat 173 adalah doa apabila menghadapi tekanan / stress. Baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir. InshaAllah hati akan menjadi tenteram.
  • Jika dibaca "Hasbunallaah Wa ni'mal Wakiil" (ayat ke-173) sebanyak 450 setiap malam, InshaAllah akan dicukupi semua keperluannya. Caranya dengan istiqamah mengamalkannya, kalau lupa hendaklah diqadhai.
  • Jika ingin supaya isteri mudah bersalin, bacalah ayat 191 sebanyak 3x pada pusat isteri sambil diusap-usap dengan tangan kanan ketika hendak tidur. Lakukan amalan ini sehingga ia bersalin, InshaAllah memudahkannya melahirkan bayi.
  • Ayat 190-194 jika dibaca sewaktu berdoa solat malam (Qiamullail), InshaAllah dapat meneguhkan Iman dan pendirian kita.
  • Ketika waktu mustajab doa iaitu selepas solat Tahajjud, bacalah ayat doa 190-194 yang sering diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Selepas membaca ayat ini, mohonlah kepada Allah سبحانه وتعالى apa yang diinginkan, baik untuk keperluan dunia mahupun akhirat, InshaAllah akan dikabulkanNYA.
  • Ayat 190 – 194 dan Ayat 199 dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah rumahtangga sebagai kesejahteraan rumahtangga.
  • Ayat 193 - 194 surah Ali Imran adalah doa mohon keampunan dan dijauhkan dari segala kejahatan.
  • Sekiranya ada daripada keluarga andayang tidak betah di rumah, maka ada baiknya ditulis ayat ke-200 dari surah Ali Imran pada makanan seperti roti yang hendak dimakan atau disajikan, kemudian berikan makanan tersebut kepada ahli keluarga yang suka keluar dari rumah tanpa izin. InshaAllah ahli keluarga yang suka keluar rumah akan jadi tunduk patuh, menjadi baik dan tidak lagi keluar tanpa izin.
  • Sekiranya Ayat 200 surah Ali Imran dibacakan pada makanan yang hendak dimasak atau dihidangkan, InshaAllah dapat menjinakkan isteri atau suami derhaka, anak degil dan haiwan liar.
  • Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis ayat, sebut "Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur" berulang kali.
  • Ayat 200 surah Ali Imran ini juga diamalkan secara istiqamah selepas solat, dapat mengurangkan panas baran suami dan mengwujudkan kasih sayang berumah tangga.
  • Jika diamalkan membaca ayat 200 surah Ali Imran sebanyak 3 kali selepas solat fardhu, InshaAllah elok untuk ketenteraman ahli keluarga dan penghuni rumah.
  • Baca Ayat 200 surah Ali Imran dan Ayat 19 dari surah As-Shura lalu dikucup atau ditiup pada ubun-ubun anak. InshaAllah dapat menjadikan anak anda insan yang berbakti dan pintar. Boleh juga ditiup pada air dan masakan dengan menyebutkan nama anak satu persatu sambil diucapkan harapan pada anak, semoga dapat mudah mendidiknya dan membantu anak untuk berubah

Sunday, July 03, 2016

Tempat Kosong

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..
1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan

Tapi bagaimana no.4?
Adakah jawapan kita "kemiskinan"?
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah SWT di dalam Surah An-

Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(Surah An-Najm : 43).


ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).


ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).


ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).


Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4 ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan. Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan
"kemiskinan", tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti
mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Aamiin.

Monday, June 27, 2016

Kisah Siak Masjid

islam and allah image
Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zainal Abideen. Ahmad cerdik dan pintar, tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zainal Abideen adalah seorang yg biasa-biasa saja.
Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu, koridor tandas sebuah masjid megah dgn infrastruktur yg cantik, yg memiliki sisi pandang pergunungan serta kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempersona.
Zainal Abideen sekarang adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, Tapi tetap menjaga jatidiri seorang muslim yang mukmin. Lazimnya setiap kali keluar ke kota, dia sempatkan dirinya untuk singgah dimasjid dimana yg ia lalui. Untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. Jika masih dapat waktu yg diperbolehkan solat sunat, maka ia akan solat sunat juga sebagai tambahan. Seperti biasa, ia tiba di Puncak Pas, Bogor. Ia mencari masjid, dan bergegas masuk ke masjid yg ditemuinya. Di sanalah dia ditemukan dgn kawannya. Cukup terperanjat Zainal Abideen. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya MasyAllah.. cukup luar biasa. Zainal Abedeen tidak menyangka, bila hampir 20 tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid itu!‎

“Maaf, kamu Ahmadkan? Kawan sekolah menengah saya dulu?” "Ya, saya" jawap Ahmad. Lalu berpelukanlah mereka.  “Hebat sekali kamu ya Zainal Abideen, MasyAllah" Puji Ahmad saat melihat Zainal Abideen yang segak bergaya korporatnya. Lengan yg digulungnya untuk mengambil wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .
“Aduh, biasa ja” balas Zainal Abideen. Zainal Abideen merasa hiba. Ahmad dilihatnya sdg memegang kain mop, seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga dahinya yg lebar terlihat jelas. “Mad... Ini kad nama saya.” Ahmad melihat. “Pengarah Urusan? Wahh, hebat."‎

“Mad, nanti habis solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekedar siak di masjid ini. Maaf.” Tegas Zainal Abideen ikhlas nak bantu kawan lamanya. Ahmad tersenyum kegembiraan. Ia mengangguk. “Terima kasih ya.. Selesaikan saja dulu solatnya. Saya pun nak selesaikan pekerjaan bersih-bersih dulu. Silakan ya" balas Ahmad.

Sambil wudhu, Zainal Abideen tidak habis-habis berfikir. Mengapa Ahmad yg pintar, tapi cuma kerja sebagai siak di masjid? Ya, meskipun tidak menjadi kesalahan pekerjaan sebagai siak, tapi siak... Ah, fikirannya tidak mampu memahamkan situasi Ahmad.  Air wudhu membasahi wajahnya. Sekali lagi Zainal Abideen melewati Ahmad yg sedang membersih lantai masjid. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy”

Tanpa sedar, ada yg solat di belakang Zainal Abideen. Sama-sama solat sunat agaknya. Ya! Zainal Abideen sudah solat fardhu di masjid sebelumnya. Zainal Abideen sempat melirik, “Barangkali ini kawannya Ahmad” gumamnya. Zainal Abideen menyelesaikan doanya secara ringkas. Bingkas dia bangun untuk berbicara dgn Ahmad.

“Encik,” tiba2 anak muda yg solat dibelakangnya menegur. “Iya dik?” “Encik, kawan lama dengan Haji Ahmad?” “Haji Ahmad yang mana…?” “Itu, yg Encik bersembang tadi” “Oh.. Ahmad? Ya, kenal. Kawan saya dulu di sekolah, dah haji dia?” “Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini”

Kata adik itu cukup mengejutkan. Tapi cukup menampar hatinya Zainal. Dari dulu sudah haji? Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini?

Anak muda ini kemudian menambah,

“Beliau orang hebat, tawadhu’. Sayalah siak masjid ini yang sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangunkan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau membina sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit mereka yg mahu solat. Encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? Itu semua milik beliau. Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh. Iaitu gemar menggantikan tempat saya. Kerana suara saya bagus, kadang-kadang saya disuruh mengaji dan azan saja…” tambah anak muda itu.
Terdiam Zainal Abideen, entahlah apa yg ada di hati dan di fikirannya.

‎Bagaimana menurut kita ?
Jika  Haji Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yg sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita memberitahu siapa kita yg sebenarnya. Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid,  maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahawa kita inilah pewaqaf dan yang membangun masjid ini.

Tapi kita bukan Haji Ahmad dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rosaknya nilai amal, Tenang saja. Haji Ahmad merasa tidak perlu menjelaskan apa-apa. Dan kemudian Allah yg memberitahu siapa dia sebenarnya, jika Allah kehendaki.
Allah. Jadikan contoh sahabat semua. Orang yg ikhlas itu adalah org yg menyembunyikan kebaikannya, seperti ia menyembunyikan keburukannya.
Sembunyikan kebaikan tangan kanan sehingga tangan kiri tidak nampak apa kebaikan tangan kanan.

Sunday, March 13, 2016

Kelebihan Al-Baqarah

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran )"

Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah

Abdullah bin Mas’ud mengatakan:
Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;
  • Surah Al baqarah ayat 1-5
  • Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
  • Surah Al Baqarah ayat 284-286
  • Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.

  • Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al-Baqarah
Ini merupakan salah satu fadhilat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :

"Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, Kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi."

Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :

Wahai putera Hudhair, baca terus Dia menjawab "Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi."

"Tahukah engkau apa itu" tanya Rasulullah. "Tidak" jawabnya.

Beliau pun bersabda "Itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), Nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang."

  • Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.

Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:

"Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat."
  • Mengelak dari terkena sihir
Kemudian beliau bersabda lagi "Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )" Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.

Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat. Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir.

Sumber : Dipetik dari kitab Tafsir Ibnu Katsir