Untuk Adam, andai mahu mencari hawa...
- JANGAN dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pd telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya utk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
- JANGAN dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram, atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
- JANGAN dilihat pada cantik ayu wajahnya semata mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Dan untuk hawa, andai mahu menerima cinta adam...
- JANGAN dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pd aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
- JANGAN dilihat pada pakaian berjenama semata mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima. Kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
- JANGAN dilihat pada tampan paras semata mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak. kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
PERINGATAN BERSAMA!
Moga bermanfaat.
Moga Allah Redha.
Moga bermanfaat.
Moga Allah Redha.