Sunday, June 29, 2014

June

392
Lamanya tak menaip pasal kehidupan sekarang. Okay sekarang aku tengah fight SPM. Tak lama dah nak trial, tak lama juga nak SPM. Ready tu macam tak ja. Bila fikirkan balik semua hidup aku, hala tuju aku, masa depan aku hanya terletak di atas sekeping kertas. Hanya sekeping kertas yang menakutkan budak berumur 17 tahun. Haih. Tapi inilah hakikatnya hidup kita. Sekarang ni dah bangun 4am untuk study. Member aku macam tak caya ja weh. Tapi tula hakikatnya hidup aku sekarang.
27th June 2014
Korang pernah tak cerita siapa yang korang minat ka, korang terjatuh tergolek cinta ka dekat mak bapak korang.. Pernah? Ya. Aku dah alami benda tu ketika aku berusia 17 tahun dan tarikhnya 27th June. Entahla aku nak cerita step by step pun macam susah sebab tak sengaja. Tapi pun mak aku sporting dan tak kesah. Kelakar sangat sebab aku tak jangka mak aku punya reaction cenggitu. Serius -.-
28th June 2014
Kemarin aku joined EXP ke-8 di Mes Pegawai PDRM, Perlis. Gempak siot. I'm so sorry sebab tak pulak berselfie kemarin sebab bebai padu padu baq hang. Bodo gila kot, nak masuk dewan yang gigirl tu dok tolak-tolak dia ingat sumbat sardin dalam tin kot. Aku gak terpenyek kat situ. Sempat jugak aku bagi sekor cadbury kat budak yang tolak aku dengan semangat kemarin. Wajaq sungguh. Yang budak laki dok jerit jangan tolak, yang perempuan dok tolak. Terbalik dah dunia sekarang. *geleng pala* 

EXP ni agak hebat kerana EXP dikendalikan oleh 3 lelaki yang telah berjaya ketika usia yang sangat muda iaitu, Solihin Razali, Azhar Jalil dan Faris Hakim. Ada 2 sesi iaitu pagi dan petang. Aku mengikuti kedua-dua sesi terebut.

Ni gambar dari profile Facebook diorang. K ada aku dalam pic di bawah. Cuba cari. Pakai shawl purple hehehe :P Ni masa sesi pertama sebelum kena penyek dengan teruk. Time ni relax banyak la jugak tapi tetap terhimpit -.-


Apapun kalau korang bakal menghadapi exam, if korang terdengar je tentang EXP. Pergilah! Korang akan mendapat ilmu yang sangat berguna :)
Dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan semoga kita mendapat sebanyak mana pahala dari tetamu kita iaitu bulan Ramadhan tahun ini. InshaAllah. Semoga kita dapat bertemu malam LailatulQadar. Aamin

No comments: