Sunday, February 02, 2014

World Hijab Day

Assalammualaikum.
Saw the title? Hijab. Alhamdulillah because i am hijabster. I wear hijab because Allah asked all muslim covered our aurah. Aurah bemaksud aib. Oleh itu, menutup aurat adalah kita menutup aib kita sendiri. Ingatlah helaian rambut yang dipamerkan kepada bukan mahram itu hukumnya haram dan berdosa besar.

Aku dulu juga hidup jahiliah. Keluar rambut dipamer dan timbul riak apabila ada bibir bibir memuji kecantikkan rambut aku. Benar aku gembira dan sentiasa menjaga rambutku. Ingin buat style rambut itu ini. Ya aku pernah alami. Tapi, alhamdulillah Allah membuka hati aku pada umur aku 14 tahun untuk menutup rambut aku. Aku mengaku ada juga ketika aku lupakan dosa dan keluar tanpa menutup rambutku. Tudung itu seperti hanya ke sekolah sahaja. Ya aku mengaku aku pernah begitu. Tapi tidak bermaksud aku tak boleh berubah. Tidak bermaksud terdetik ingin menutup aurat. Pelan-pelan aku sedar rambut aku mahkota aku. Rambut aku hanya orang tertentu yang mampu melihat. SubhanaAllah begitu Allah pelihara kaun hawa seperti aku.

Kerana itu ada ayat 'wanita sering terlupa betapa berharganya diri mereka.'

Wahai hawa, sedarkah kita malaikat sedang mencatat dosa pahala kita?
Wahai hawa, lalaimu itu sampai bila?
Wahai hawa, sanggupkah engkau melihat lelaki itu ditarik di pintu syurga hanya kerana dosamu?
Wahai hawa, sediakah rambutmu yang cantik itu disambar api neraka di sana?
Wahai hawa, sedarlah! Sedarlah!
Wahai hawa, kau begitu berharga di dunia dan akhirat.

Kaum hawa yang beragama Islam sekalian, bezanya kita dengan 'mereka' adalah aurat. Bezanya kita dengan 'mereka' adalah solat. Bezanya kita dengan 'mereka' adalah Allah. Bezanya kita kini semakin pudar sehingga ada bunyi 'Melayu ke tu?' 'Islam macam tu?' 'Takda beza dengan agama lain' 'Tak nampak macam Islam pun' MashaAllah. Islam kini rendah kerana kita. Bangunkanlah semula wanita Islam di dunia. Bangunkan semula tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.

Bergaya? Bergayalah tetapi MENUTUP AURAT.

No comments: