Sunday, July 07, 2013

June

Assalammualaikum..
Untuk bulan Jun haritu, aku masih belum buat entri mengenai Jun 2013 aku. Kalau korang nak tau, aku tersangatlah bahagia sepanjang bulan Jun. Dari awal bulan sampailah ke akhir bulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya :) Result mid-year pun okay. Tution pun okay. Sekolah pun dah bertambah okay. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Terlalu banyak kejutan dan kenangan sepanjang bulan Jun. Kegembiraan teramat sangat. Walaupun aku ni bukannya baik sangat.. tapi alhamdulillah, apa yang aku doakan Allah makbulkan. Syukur :') Allah memberi kebahgiaan melalui dia. Hihik. Kejutan yang amat mengembirakan aku. Namun aku akan kehilangan dia untuk kali ketiga. Mungkin kali ini, menjadi kali terakhir aku meminta daripada Allah semua ini. Mungkin ini terakhir kalinya. Mungkin ini penghabisannya. Selepas ni, aku hanya mampu mendoakan kebaikan untuknya :)

Sekarang ni dah 7 Julai. Tak lama dah nak puasa kan? Tak sabar gila! Aku sukakan bulan Ramadhan sebab kalau korang perasan, setiap hari selama Ramadhan terasa amat tenang kan? Itulah kelebihan Ramadhan. Bulan di mana pintu syurga terbuka seluas-luasnya manakala, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Subahanallah. Bertapa cintanya Allah kepada kita :)
Marilah kita sujud syukur di malam pertama Ramadhan tanda kita bersyukur dapat bertemu Ramadhan tahun ini. InsyaAllah. Ingatlah, Ramadhan adalah bulan yang lebih baik dari 1000bulan.

Oh! Pasal bulan Jun haritu, aku dapat anugerah. Serious talk, first time k first time. Masa 1st exam dalpat tempat pertama dalam kelas, tapi mid-year dapat tempat kedua. Tempat pertama dapat dekat Athirah and tempat ketiga Azimah. Tahniah untuk depa. Tapikan, takut pulak bila pikir pasal final exam. Aaaaa!! Tak lama dah nak naik form 5. Haish. Cepat betul .___. Jun jugak adalah bulan yang penuh dengan senyuman dan entahla, dalam hati ni macam mana. Hm -_- harapnya, takdala jatuh cinta. Hahahaha. Takdala, gurau gurau :p 

So, dah pukul 2am!! :O Esok pagi ada tution neh. Tido dulu k? Assalammualaikum dan selamat malam semua.

No comments: