Tuesday, July 09, 2013

Ahlan Wasahla Ya Ramadhan

  • Makna Ramadhan
Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra'-mim-dha' bermksud: "ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya" Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”.
Al Raghib menyebut: "Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari".
Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : "kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan."
Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan : "dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya"
  • Nama-nama bagi bulan Ramdhan.
  • Bulan sabar.
  • Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).
  • Penghulu segala bulan
  • Bulan puasa
  • Bulan Siyahah

No comments: